KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa kejatuhan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berpunca daripada beberapa indvidu selain mengaitkannya dengan usul undi tidak percaya yang dikemukakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam sidang media khas pagi ini, Mukhriz menamakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘pemain’ utama menggulingkan beliau.
Katanya, Muhyiddin tidak yakin dengan keupayaannya untuk melawan beliau yang turut bertanding jawatan presiden Bersatu.
“Umum juga mengetahui bahawa saya mencabar jawatan Presiden yang disandang oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di dalam pemilihan parti Bersatu. Selain itu, atas prinsip yang saya sebutkan tadi, Tun Mahathir pula telah memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat.
“Tentunya dua tindakan kami inilah penyebab kenapa saya hendak dijatuhkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah,” katanya.
Mukhriz juga mendakwa Muhyiddin telah membelakangi Bersatu untuk memihak kepada Pas dalam soal pelantikan Menteri Besar Kedah, tindakan yang sama dakwa beliau telah dilakukan menyebabkan jawatan Menteri Besar Johor dilepaskan oleh Bersatu dan diserah bulat-bulat kepada UMNO.
Malah beliau juga mendakwa jawatan Ketua Menteri Melaka dijanjikan oleh Muhyiddin untuk ADUN anak muda Bersatu.
“Tapi semua itu janji-janji kosong sahaja apabila ADUN Bersatu Melaka hilang arah ke sana ke sini, dan akhirnya jawatan tertinggi Kerajaan Melaka itu diserahkan juga kepada UMNO.
“Apa pula nasib Menteri Besar Perak? Dengan enam orang Exco dari UMNO, tentunya jawatan Menteri Besar itu juga dituntut oleh UMNO, dan MB Perak pula dalam keadaan nyawa-nyawa ikan – menanti masa untuk rebah saja,” katanya.
Beliau turut mendakwa tindakan empat ADUN Bersatu yang bertindak menyokong Perikatan Nasional (PN) juga disebabkan arahan Muhyiddin.
“Pergolakan politik kepartian telah menyebabkan dua ADUN-ADUN dari PKR meninggalkan parti mereka, sekaligus menyebabkan hilangnya majoriti yang ada pada gabungan Bersatu dan PH.
“Susulan itu, empat lagi ADUN Bersatu juga telah menerima arahan dari Presiden Bersatu untuk lompat kepada PN. Maka dengan itu, pihak lawan kini mempunyai 23 kerusi berbanding 13 dari PH termasuk dua dari Bersatu,” katanya lagi.
Mukhriz hari ini secara rasminya menamatkan tempoh separuh penggal beliau sebagai Menteri Besar Kedah selepas hilang majoriti daripada ahli-ahli ADUN negeri itu.
Untuk rekod, ini kali kedua Timbalan Presiden Bersatu itu meletakan jawatan apabila membuat tindakan sama pada 2016 semasa pentadbiran Najib sebagai perdana menteri. – MalaysiaGazette
Aku nak komen bab Perak ni…wah! kalau exco BN banyak ko kata nyawa2 ikan…kalau masa MB dikelilingi majoriti Exco2 DAP tu nyawa2 apa?
Halo Boboi, how are you today? Are you ok .
Jangan bising2 le lu punya Parti mana ada majoriti dalam DUN. Dulu lu menang pun atas split vote between BN and PAS.
Please le Boboi MOVE ON you takde kaliber dan keupayaan dalam politik all this time you nie seperti “ melukut ditepi gantang “ bergantung pada nama bapak you ATUK95 je.
You masa jadi MB pada kali pertama dan juga pada kali kedua, most of the time you were not in the state but in KL or dalam rombongan ATUK95 ke luar negara.
Enough said, let give other young and more focus leader the chance to run and administer the State.
Melayu tak bodoh Dan malas.