MANILA – Usaha Filipina untuk mengekang wabak koronavirus semakin rumit susulan musim taufan kerana perlu memindahkan ribuan mangsa di kawasan yang terjejas.
“Ketika musim hujan semakin hampir, usaha melawan virus akan menjadi lebih mencabar.
“Musim selesema akan bermula dan banjir akan terjadi di daerah dataran rendah. Penjarakan sosial di lokasi penempatan sementara mungkin sulit dilaksanakan,” kata Jabatan Kewangan menerusi Buletin.
Polis juga berkongsikan kebimbangan sama, dengan mengatakan musim taufan dapat menguji operasinya, terutama ketika menyelamatkan orang ramai di bawah perintah kuarantin.
Tindak balas bencana minggu lalu terhadap Taufan Vongfong “menjadi lebih sukar disebabkan beberapa sekatan” kerana virus itu, katanya.
Filipina mengalami rata-rata 20 taufan setahun, kebanyakannya pada babak kedua dan mereka terpaksa menyelamatkan diri di tempat perlindungan yang penuh sesak.
Orang ramai dipaksa memakai penutup mulut dan hidung dan melakukan penjarakan sosial untuk mencegah jangkitan, sementara anggota keselamatan perlu memakai alat pelindung diri, kata Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire/
Vongfong, ribut terbaru yang melanda negara itu dan yang pertama tahun ini, mendorong lebih dari 150,000 orang meninggalkan rumah mereka dan mencari perlindungan minggu ini, menurut pihak berkuasa.
Taufan itu dilaporkan semakin lemah pada hari ini.
Hujan lebat dan angin kencang merosakkan rumah dan tanaman ketika Vongfong menghempas wilayah timur pada hari Khamis dan Jumaat.
Pada kemuncaknya angin ribut taufan setinggi 125 kilometer sejam.
Sekurang-kurangnya dua orang mati, dua hilang dan 10 lagi cedera dalam insiden berasingan yang berkaitan dengan ribut, kata pihak berkuasa. – MalaysiaGazette