Home Politik Ramalan Mat Sabu benar belaka

Ramalan Mat Sabu benar belaka

Mohmad Sabu
Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR – Bagaikan Nujum Pak Belalang.

Itu perumpamaan sesuai bagi Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang rupa-rupanya pernah membayangkan perpecahan dalaman Pakatan Harapan (PH) akan mengakibatkan mereka menjadi pembangkang semula.

Kata-kata Mat Sabu itu pernah diucapkan pada sesi Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu seperti dalam satu audio yang tersebar lewat malam tadi.

Menurut audio itu, Mat Sabu berkata, sekiranya PH berpecah belah, tidak mustahil mereka akan kembali ‘memanaskan’ kerusi pembangkang di Dewan Rakyat kelak.

“Kalau Bersatu buat keputusan, Amanah buat keputusan, DAP buat keputusan berpecahlah, kita akan jadi pembangkang balik, celaru nanti,” katanya dalam sesi Mesyuarat Majlis Presiden yang diadakan pada 21 Februari lalu.

Selang dua minggu kemudian, kata-kata Mat Sabu menjadi kenyataan apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri dengan gabungan baharu, Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai UMNO dan Pas.

Audio berjudul ‘Pendedahan Eksklusif Mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari 2020’ itu tular lewat malam tadi dan disiarkan di Facebook Bersatu sokong Tun Mahathir.

Dalam audio lebih dua jam itu, rata-rata semua kepimpinan PH ketika itu bertegang leher tentang peralihan kuasa antara Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ada yang mempertikaikan tempoh serahan kuasa itu sepatutnya dijalankan selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan ada juga yang mahu Mahathir memegang tampuk kerajaan selama satu penggal.

Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat mempertahankan desakan untuk Mahathir meletakan jawatan harus dihentikan.

Malah katanya buat Mahathir yang membuat keputusan sendiri tentang peralihan kuasa antara beliau dengan Anwar.

“Kita telah buat keputusan pada 23 haribulan dan ada pihak yang terlalu mendesak untuk beliau letak jawatan.

Lim Guan Eng pula berkata; “Kita tidak pernah desak Tun untuk letak jawatan.”

Pertikaman lihat berterusan sehinggalah Mahathir berkata, beliau akan membuat keputusan untuk tempoh peralihan kuasa antara beliau dengan Anwar selepas APEC.

“Saya akan buat keputusan selepas APEC,” kata Dr Mahathir.

Timbalan Presiden PKR ketika itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berkata tiada konsensus peralihan kuasa selepas APEC.

“Tidak ada konsensus, bukan saya seorang sahaja tidak setuju ada banyak lagi pihak lagi. Jangan tuding jari kepada saya. Di sini banyak pandangan yang berbeza, kenapa tuding jari kepada saya,” celahnya.

Sebelum ini, MalaysiaGazette ada melaporkan bahawa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang selesai pada tengah malam 21 Februari itu tegang apabila seorang presiden parti mengemukakan cadangan agar soal tarikh peralihan kuasa dibincang berdua antara Mahathir dan Anwar.

Laporan memetik sumber yang berada dalam mesyuarat Big Six (wakil enam orang parti dalam Mesyuarat Majlis Presiden) itu berkata, idea presiden parti itu dibantah bulat-bulat oleh seorang timbalan presiden parti gabungan itu. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bagus tu pak sabu..
    Boleh ganti nujum pak belakang..
    Ada juga jalan cari duit kannnn

  2. Dulu kau kianat langar bai ah.. Sekarang kamu rasa apa yang kamu baut pada Parti lama kamu dulu..

Comments are closed.