Home Utama Sebab apa saya dipersalahkan pemuda ini hilang kerja

Sebab apa saya dipersalahkan pemuda ini hilang kerja

Najib Razak, foto 23 Ogos 2015

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengecam kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa kejatuhan bekas Menteri Besar Kedah itu disebabkan olehnya.

Bekas Perdana Menteri itu mempersoalkan mengapa beliau dipersalahkan apabila Mukhriz ‘hilang kerja’.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula, beliau cuma duduk di dalam  rumah sambil bermain Facebook dan kucingnya serta makan super ring.

Lantaran itu, Najib meminta Mukhriz menunjukkan bukti jika beliau terlibat.

”Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan.

”Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berbohong macam ni,” kata Najib.

Artikel berkaitan: Dua kali tersungkur, Mukhriz salahkan Najib punca sebenar kejatuhannya

Mukhriz dalam kenyataan peletakan jawatannya berkata, walaupun kejatuhannya di Kedah datang dari Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia melalui Datuk Seri Hamzah Zainuddin tetapi protagonis sebenar (watak utama) masih sama seperti dengan dulu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Artikel berkaitan: Mukhriz umum letak jawatan MB Kedah serta merta

Kata Mukhriz lagi, tujuannya ialah tidak lain, tidak bukan, semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal-skandal besar yang mencemar nama baik Malaysia. – MalaysiaGazette

12 Komen

  1. Hidup Medey anak beranak akan terus ketakutan dibayangi oleh ‘hantu Najib’ kah kah..Kezaliman dan fitnah mereka menyebabkan ‘hantu Najib’ bangkit mengacau mrk setiap malam..heee

    • Kita hidup jangan salahkan orang lain. Jadi jiwa tidak tenteram sepanjang masa.

  2. PHOBIA SUNGGUH ANAK BERANAK KUTTY NI NGAN DSNR..SAMPAI MAPOH LA DOK BERATIP NAMA DSN.SEDANGKAN DSN HANYA AHLI PARLIMEN BIASA SAJA,TAK ADA JAWATAN APA PON UTK GUGAT KUTTY ANAK BERANAK..

  3. The mat salleh proverb: Like father like son lah. Kata pepatah Melayu “kemana kuah kalau tak masuk ke dalam pinggan nasi! ”
    Satu keluarga benci sesama maling…… Tu belum dengar anak betina lagi. ☹️.

  4. Cukurrrrr la anak atuk dah ditendang dari kerusi MB! Harap lepas ni kerajaan tak bantu lagi segala bisness anak beranak ni!

    Seronokkkkkkk nye!

  5. Sorry Mahathir and son, it is bad karma. Perhaps it is the prayer of Najib in the Kampong Baharu mosque to God that has caused the fall of PH, Mahathir,Guan Eng,Lim Kit Siang and the goverment in Kedah, Melaka,Johor & Perak. PH cheated the rakyat as such it didn’t get the blessing of God

  6. Kemana tumpah nye kuah kalau x ke nasi.. Mcm tu lah perangai mukriz sama mcm bapak dia yg tercinta atuk tua… Gila kuasa meroyan sana sini canang salah orang semua nya… Keluarga dia saje yg betol.. Selamat tinggal keluarga M.. Negeri kedah pon x mau terima pembohongan kamu anak beranak yg gila kuasa gila harta gila jawatan…

  7. Sebab ph mula jadi kerajaan skrip/moto nya adanya “salah najib, itu salah najib, ini salah najib..” Semua salah najib. Besuk malaikat maut nak cabut nyawa dia pun dia akn ckp..ni mesti salah najib.. Ha3

  8. Minta Atok and Family disiasat harta kekayaan. Pulangkan balik harta kerajaan kepada Rakyat. Bukan digunakan sebagai duit makan Kuda Si Boboy. Semuanya DaddyKasi

  9. Semua salah orang… Dia anak beranak ‘always perfect’… Mungkin slps ni ‘salah takdir’pula..

Comments are closed.