KUALA LUMPUR – Kumpulan Syarikat PROLINTAS meneruskan amalan melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat CSR kepada polis sepanjang Ramadan ini.
Ia melibat pengedaran pek berbuka puasa kepada empat Ibu Pejabat Daerah (IPD) yang terpilih.
Empat IPD yang menerima sumbangan itu adalah IPD Shah Alam, IPD Kajang, IPD Sungai Buloh dan IPD Ampang.
Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Divisyen Komunikasi Korporat Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Katheja Begum. – MalaysiaGazette