Sebanyak 47 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif wabak itu di Malaysia iaitu 6,941 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 21 kes merupakan kes import manakala, 26 kes penularan tempatan di mana 17 kes adalah bukan warganegara.
Katanya, terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah
pulih sepenuhnya dari wabak tersebut dan dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Sehingga kini, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.