Lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri yang cukup berbeza dengan sebelum ini apabila negara masih dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan termasuklah tidak membenarkan rentas negeri, nampaknya menjadi punca tidak dapat membendung perasaan sedihnya.
Mana taknya, jika setiap tahun, anak, menantu dan cucu daripada Melaka dan Sabah akan bersama-sama Rusminah Zuru, 62 untuk menyambut Aidilfitri di sini, namun tahun ini rumahnya akan sunyi.
Yang menemani hanyalah suami dan dua anaknya yang belum berkahwin.
Tidak akan merasai kemeriahan, riuh rendah rumah dengan anak-anak dan cucu adalah perkara yang paling memberi kesan kepadanya.