Home Nasional Jalan TAR masih lenggang meskipun 4 hari sebelum raya

Jalan TAR masih lenggang meskipun 4 hari sebelum raya

Orang ramai mula keluar untuk mencari barangan sempena Aidilfitri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Ahad ini, pastinya orang ramai akan membuat pelbagai persiapan walaupun secara sederhana dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kelaziman baharu bagi menangani pandemik Covid-19 itu tidak menghalang orang ramai untuk meraikan hari raya puasa itu meskipun dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Tinjauan MalaysiaGazette di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) hari ini mendapati orang ramai masih mengambil sikap berhati-hati dan tidak berpusu-pusu untuk membeli-belah walaupun ada empat hari berbaki sebelum hari raya.

Jika sebelum wabak Covid-19 melanda negara tahun lalu, Jalan TAR merupakan tumpuan orang ramai mencari baju Melayu dan baju kurung, namun keadaan ketika ini jauh berbeza.

Orang ramai perlu melakukan imbasan suhu badan sebelum memasuki premis kedai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020.

Gedung-gedung beli-belah masih kelihatan masih lenggang daripada kehadiran orang ramai, lebih-lebih lagi orang ramai masih bekerja pada hari ini.

Namun suasana itu berubah sedikit tengahari tadi apabila jumlah pengunjung di Jalan TAR mula bertambah khususnya di Kompleks Beli-belah Sogo.

Orang ramai mula kelihatan bertambah dan beratur panjang dengan mengamalkan penjarakan sosial sebelum memasuki pusat beli belah terkemuka itu.

MalaysiaGazette menjangkakan jumlah pengunjung akan bertambah pada hari-hari terakhir Ramadan kerana orang ramai kini mula beralih arah kepada pembelian dalam talian menerusi Lazada, Shopee, Zalora dan pelbagai platform lain.

Nama-nama besar dalam industri tekstil di Jalan TAR seperti gedung Kamdar, Globe Silk Store, Nagoya, dan Jakel kelihatan masih kurang mendapat sambutan orang ramai sejak awal 10 pagi tadi hingga tengahari tadi.

Orang ramai beratur sebelum memasuki premis kedai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020.

Bagaimana MalaysiaGazette tidak menolak orang ramai akan membanjiri Jalan TAR selepas habis waktu kerja ataupun menunggu saat akhir pada Jumaat ini.

Apa pun suasana dan kelaziman baharu ini mencerminkan orang ramai mula menyesuaikan diri dengan pembelian dalam talian berbanding keluar ke pasaraya mahpun pusat beli-belah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. SAPER NAK SAMBUT RAYA GILER2 TIME PKP WABAK SEKARANG?MAJORITI ORG NK ADA D RUMAH SAJA,TAK MAHU UNDANG PENYAKIT N BAWA PENYAKIT..MUDAH SAJA KAN NAK FAHAM,JANGAN TERKEJUT ORG BUAT RUMAH TERTUTUP,JANGAN SAMPAI MALU SENDIRI..
    LAGI PON,INI LAH MASA KITA BERJIMAT PALING BAIK RAYA KALI NI.TAK PERLU NAK SAMBUT MERIAH BAGAI..YANG MENIAGA,FAHAM2 SUDAH LA..TAK PAYAH LA NAK JERAT ORG DENGAN PROMOSI GILA2,NAK GALAKKAN WABAK KER?
    KITA TAK MATI TAK RAYA,TAK PAKAI BAJU BARU,TAK BELI BELAH KUIH BAGAI,TAPI KITA BOLEH MATI KERANA COVID..

Comments are closed.