Home Nasional Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN tawar hadiah RM261,000

Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN tawar hadiah RM261,000

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali dengan Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan untuk semua pendeposit SSPN dengan menawarkan hadiah sebanyak RM261,000 untuk dimenangi di peringkat nasional dan negeri.

Promosi bermula 18 Mei ini sehingga 30 Jun adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia memilih SSPN sebagai pilihan utama menyimpan duit raya anak-anak di samping memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat.

Berikut adalah hadiah yang ditawarkan di peringkat nasional dan negeri:

Kategori 1 : Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan (Peringkat Nasional)

HADIAH BILANGAN HADIAH
Pertama : Duit Raya bernilai RM8,000 1
Kedua : Duit Raya bernilai RM4,000 1
Ketiga : Duit Raya bernilai RM2,000 1
Saguhati : Duit Raya bernilai RM500 200
Jumlah Keseluruhan 203

Kategori 2 : Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan (Peringkat Negeri)

HADIAH BILANGAN HADIAH
Pertama : Duit Raya bernilai RM3,000 1
Kedua : Duit Raya bernilai RM1,500 1
Ketiga : Duit Raya bernilai RM500 1
Saguhati : Duit Raya bernilai RM100 55
Jumlah Keseluruhan 58

 

Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i dan SSPN- I Plus, peserta Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan (Peringkat Nasional) perlu membuat simpanan bersih RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi manakala peserta kempen peringkat negeri perlu membuat simpanan bersih minimum RM100 dalam tempoh berkenaan.

Pendeposit layak untuk cabutan Peringkat Nasional & Peringkat Negeri sekiranya simpanan bersih adalah RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.lovesspn.com – MalaysiaGazette