KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menyatakan sokongan penuh terhadap penubuhan Perikatan Nasional dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan hari ini, MPT Bersatu menegaskan, pada mesyuarat 23 Februari lalu, mereka telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti selain PH.
“Keputusan ini adalah jelas dan tidak perlu dipertikaikan,” tegasnya.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh 27 individu yang merangkumi Naib Presiden, Ketua Srikandi, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan 11 Ketua Badan Pimpinan Negeri.- MalaysiaGazette
Kena pilih juga nak buang si kitol ni ke tidak. Sokong tapi duri dalam daging masih ada pun tak guna sebab kenapa mesti simpan orang gila di tampuk parti. Kena sepakat untuk buang terus sebab penyapu buruk tak perlu lagi. Sekarang orang guna hampagas.