Home Pendapat Pembelajaran dalam talian perlu diperluas ke IPT

Pembelajaran dalam talian perlu diperluas ke IPT

Dr. Muzaffar Syah Mallow

Dikala penularan virus COVID-19 ini telah banyak mengubah tatacara kehidupan ramai pihak termasuk kehidupan para pelajar di peringkat sekolah dan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), ramai pihak telah mengemukakan cadangan supaya norma baru sistem pendidikan dalam negara kita diubah suai.

Antara cadangan yang telah dikemukakan adalah dengan melaksanakan sepenuhnya sistem pembelajaran dan pengajaran atas talian (online) ataupun melalui alam maya.

Sistem pembelajaran dan pengajaran atas talian ataupun melalui alam maya ini bukan lah satu perkara baharu yang diamalkan dalam negara kita.

Semenjak internet mula giat digunakan dalam negara kita lebih 30 tahun yang lalu, usaha telah pun diambil oleh semua pihak yang berkaitan supaya negara kita mengubah hala tuju sistem pembelajaran dan pengajaran diperingkat sekolah dan diperingkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Dengan penularan virus COVID-19 ini, sistem pembelajaran dan pengajaran atas talian atau melalui alam maya ini menjadi lebih penting kerana ia dapat melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak yang berkaitan daripada terdedah dengan virus COVID-19 melalui proses bersemuka.

Walaupun bilangan mangsa yang dijangkiti lebih melibatkan golongan yang berusia, namun terdapat juga banyak kes yang melaporkan jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan golongan muda termasuk pelajar universiti, pelajar sekolah serta bayi.

Memandangkan virus COVID-19 ini adalah sejenis virus baru dan masih tidak dapat difahami dengan teliti oleh pakar – pakar, langkah tegas harus diambil bagi melindungi orang ramai daripada dijangkiti dengan virus COVID-19 ini dan ini termasuklah perlaksanaan sepenuhnya proses pembelajaran dan pengajaran atas talian atau melalui alam maya disekolah dan di institusi pengajian tinggi (IPT).

Namun pengunaan sistem atas talian atau melalui alam maya ini tidak harus dihadkan untuk dilakukan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran sahaja.

Banyak perkara yang terdapat dalam sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang perlu juga melaksanakan sepenuhnya sistem atas talian atau melalui alam maya ini seperti mesyuarat – mesyuarat antara guru diperingkat sekolah serta mesyuarat – mesyuarat antara pensyarah diperingkat institusi pengajian tinggi (IPT) juga perlu dilakukan melalui sistem atas talian atau melalui alam maya.

Perhimpunan mingguan ataupun bulanan yang selalu diadakan disekolah dan diadakan di institusi pengajian tinggi (IPT) juga perlu dilakukan melalui sistem atas talian atau melalui alam maya. Guru besar di sekolah serta naib canselor di universiti perlu mengunakan sepenuhnya sistem atas talian dan alam maya ini untuk menyampaikan mesej kepada pekerja – pekerja mereka.

Sebarang jenis seminar, bengkel, ataupun forum yang ingin dijalankan oleh pihak pentadbiran atau pengurusan terhadap para guru serta para pensyarah juga perlu dilakukan melalui sistem atas talian atau alam maya juga.

Pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) harus mengelakkan daripada mengadakan sebarang perjumpaan secara bersemuka dengan mana – mana guru ataupun pensyarah dipejabat mereka melainkan sekiranya ianya atas sebab kecemasan.

Segala perbincangan yang ingin dilakukan oleh pihak atasan pentadbiran dan pengurusan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan pekerja mereka perlu lakukan melalui sistem atas talian ataupun melalui alam maya.

Oleh yang demikian, adalah penting cadangan pengunaan sistem atas talian ataupun melalui alam maya terhadap proses pembelajaran dan pengajaran ini digunakan sepenuhnya untuk semua perkara yang melibatkan operasi yang ada dalam sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Selain daripada guru dan pensyarah, pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) seperti guru besar dan naib canselor perlu belajar dan mengunakan sepenuhnya sistem atas talian dan melalui alam maya ini bagi melakukan sebarang jenis aktiviti atau program di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

 

Oleh Dr. Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan,

Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU),

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)