KUALA LUMPUR – Segelintir pihak termasuk pembangkang sibuk mempersoalkan bagaimana anak tiri, Riza Aziz boleh lepas tanpa bebas dari kes penggubahan wang haram RM1.25 billion di mahkamah.
Malah apabila Timbalan Pendakwa Raya kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Gopal Sri Ram hari ini memberitahu mahkamah ketika perbicaraan pertama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang Riza akan menjadi saksi pendakwaan kes tersebut – pembangkang membuat teori penerbit filem Hollywood itu akan ‘mengkhianati’ bapa tirinya pula.
Bagaimanapun ketika sekumpulan pemberita menemui Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di mahkamah selepas perbicaraan hari ke-36 di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, peguambela Najib itu tampak begitu yakin dengan kemenangan pada pihak mereka.
Malah katanya, bukan sahaja beliau tidak gentar pendakwaan akan menjadikan Riza sebagai saksi sebaliknya amat yakin kebenaran akan berpihak kepadanya.
“Tidak ada masalah langsung kerana setahu kami Riza hanya akan bercakap apa yang benar sahaja, kita nantikan. Kami tidak risau langsung.
“Kami amat pasti kenyataan Riza kelak tidak akan membuktikan apa-apa seperti diharap oleh segelintir kerana Datuk Seri Najib sebenarnya tidak bersalah.
“Keterangan Riza sebenarnya akan membantu anak guam saya, Riza hanya akan beritahu kebenaran dan itulah yang akan menangkan kami, ” katanya sambil senyum.
Muhammad Shafee juga mempersoalkan di mana lojiknya ada segelintir pihak beria-ia bercakap tentang kes Riza yang dilepas tanpa bebas manakala dalam kes membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula mereka diam seribu bahasa.
“Bisingnya semua, tapi bila kes yang menggugurkan kes rasuah Guan Eng oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas tidak pula seperti hari ini.
“Guan Eng dapat manfaat dari pembelian lot banglo itu, pembelaan dipanggil malah pendakwaan sendiri tidak gembira dengan pengguguran kes itu yang bersetuju dengan pengguguran itu adalah Tommy Thomas.
“Jadi, soalan saya mudah, mengapa tidak ada sesiapa yang persoal tentang itu pula? Mengapa tidak tanya ketika itu walaupun setelah dipanggil untuk pembelaan? Ingat lagi kes bekas Menteri Besar Selangor, pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang didakwa didapati bersalah kemudian ‘dihantar’ ke penjara?
“Itu berlaku ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) manakala kes Guan Eng ketika zaman PH, kenapa umum tidak tanya semua ini” soalnya lagi.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, bebas daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo, serta ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.
Susulan keputusan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga pernah menzahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu selain menegaskan keputusan menarik balik kes berkenaan diputuskan Pejabat Peguam Negara ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada tahun 2018. –MalaysiaGazette
Kembalikna semula kes bekas km pp ke mahkamah biar mahkamah tentu kn puak2 dap kafir harbi ni…
Bila Peguam Negara yang baharu nak mulakan semula kes rasuah banglo murah LGE yang telah berjalan macam cerita cartoon terkezuttt dahulu?
Tanye je!
Mungkin boleh ambil Dr Shafee untuk jadi pendakwa dan hakim Singh dalam mendengar kes?
Kes banglo kes terowong sila mahkamah untuk dibicara.
Peguam negara yg baru ni knapa diam aje , bongkarkan balik kes banglo LGE yg berat sebelah tu .. rakyat nak tengok apa yg akan terjadi pd si berlagak sombong ni .