Home Nasional Sudah tiba masa ambil tindakan mahkamah terhadap Tun M

Sudah tiba masa ambil tindakan mahkamah terhadap Tun M

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah diperiksa suhu badan sewaktu hadir pada perbicaraan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melibatkan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Ketua pasukan pembelaan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini berikutan tindakan pihak pendakwaan yang akan memfailkan prosiding menghina terhadap bekas Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sebuah artikel di agensi berita antarabangsa, Reuters baru-baru ini.

Reuters melaporkan Najib sebagai berkata, perbicaraan 1MDB dikaitkan dengan penyelewengan RM2.3 bilion yang membabitkan dirinya sedang berjalan secara tidak adil.

Justeru Timbalan Ketua Pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan pihaknya akan memfailkan prosiding menghina mahkamah kerana penyiaran artikel tersebut.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee kemudian bangkit dalam nada suara lantang menyoal mengapa pula tidak ada sebarang tindakan menghina diambil terhadap Mahathir yang kerapkali menuduh anak guamnya sebagai pencuri dan penyangak.

Walhal katanya, kes masih lagi berjalan ketika ini berhubung tuduhan-tuduhan itu sebaliknya Mahathir pula dilihat begitu ‘kebal’ sesuka hati menuduh dan memfitnah Najib dan kemudiannya terlepas begitu sahaja.

“Malah semalam juga beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Riza (Aziz) mencuri dan boleh memulangkan sebahagian daripadanya. Beliau seringkali memanggil anak guam saya sebagai penyangak, pencuri dan sebagainya.

“Mengapa tidak pula sesiapa ambil apa-apa tindakan? Tun Mahathir nampaknya sentiasa terlepas. Mungkin dengan perubahan kerajaan pada masa ini, ada juga ruang untuk mengambil tindakan seperti ini terhadapnya pula,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan 1MDB yang masuk hari ke-36 hari ini.

Sebelum ini, pada 4 Mac lepas, Reuters melaporkan Najib berharap akan ada masa untuk beliau mendapat perbicaraan lebih adil serta suasana kondusif selepas perubahan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Perbicaraan bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. –MalaysiaGazette

16 Komen

  1. Betul tu..cilaka punya atok tua tu..sedap2 jer tuduh org perompak lah..penzina lah..pencuri lah..pembunuh lah..lepas tu jgn lupa juga Si Sadiq & Mazlee..dia pun selalu hina mahkamah..

  2. Betul tu, jgn anggap dia tu kebal, dia tu sisi tuhan tak ada apa yg baik pun…harap pihak berwajid lbh adil n bijka dlm klaksanakan undang2 ngra, dia tu siapa smpai kebal utk ambil tindakn..klu org lain sesuka hti dia je ckp pcuri , pyagak dn sbgai nya…harap pihk law mlysia lbh adil kpd smua..itu yg kmi mhu lihat kpd krjaan pn ini..

  3. Betul tu. mungkin dia pencuri dan penyangak yang sebenarnts. Macam musang berbulu ayam. Dia nak lepaskan diri dia dan kata orang orang yang dia selalu sebutkan sebagai pencuri dan penyangak.

  4. Bkan satakat 1 atau 3 org yg dah bercakap berkaitan salah laku tun ni malah dasi sendiri dlm ucapan atau kempen asal lalu pernah suruh mana pehak2 yg berwajib menyisat seluruh keluarg tun kerana mempunyai kekayaan luar biasa.mukin suruh siasat tp tiada lapuran di buat ke pehak yg tertentu saperti polis atau sprm.skandal forex senyap…semua senyap.

  5. Salute dato shafee! Betul tu kami rakyat mahu mahathir di ambil tindakan ke atas semua tuduhan2 kesalahan yg selama ini di perkatakan dn terjadi,PERWAJA STEEL,FOREX,BMF dan byk lagi! Hei saka tua! Jgn asyik suka menuduh org sesuka hati! Diri kamu tu juga terpalit dgn berbagai skandal!

  6. Madey ni pada dia, semua org lain tk betul.
    Dia tk pernah buat salah pun walau sebesar habuk.
    Dia rasa hanya dia sorg ja yg betul. Anak² dia kaut kekayaan disebabkan dia PM. Kalau dikata anak dia pandai, org lain berlambak lagi yg pandai lebih dari anak dia. Telus sgt ka cara anak² dia dpt kontrak dari kerajaan, hingga dpt kumpul kekayaan berbillion ringgit. Mmg patut anak² dia dan dia sendiri disiasat dgn terperinci sekali.
    Moga Allah membalas segala apa yg dia buat.

  7. Selagi saka tua mahathir dibiarkan bercakap serta menyebarkan fitnah2 keatas musuh politik nya tampa diambil tindakan undang2 keatas nya selagi itu lah dia merasa diri dia kebal. Bongkarkan kembali semua skandal2 kewangan selama dia sebagai PM dan bawa kemahkamah untuk dibicarakan terutama nya kes perwaja,bmf,forex dan banyak lagi.Supaya rakyat tahu kemana hilang nya segala wang negara beratus bilion dalam skadal2 yg berlaku selama 22 thun mahathir sebagai PM malaysia itu.

  8. Betol… Ambil tindakan terhadap TUN MAHATHIR DAN ANAK2 NYA…. Terhadap semua ahli poltik PH yg menuduh sesuka hati tanpa bukti dan usul periksa… Jangan lupa siasat sekali kekayaan keluarga TUN M serta anak2.. LGE LKS MAT SABU… harap pihak kerajaan dan sprm siasat

  9. Nampaknya kerajaan pn terlalu lemah tak mcm ph .. knapa tsk bongkarkan krmbsli kes2 rasuah LGE .. diam je mcm tikus , ni lah masanya bongkarkan balik kes tersebut br lah ph diamkan diri , klu tak asyik meroyan dsn.menyalak aje kerjanya ..

  10. Bom samurai kini menjadi sebab terjalinnya cinta suci antara Tun M dan DAP(LGE)…

  11. Teringat aku masa sekolah dulu mengenai seorang seorang murid yang nakal. Satu hari dia tertangkap kerana menghisap rokok di dalam tandas. Semasa dia menjawab soalan guru disiplin tentang mengapa dia menghisap rokok, secara spotan dia menjawab ” Guru Besar boleh hisap, mengapa saya tidak boleh”. Masa itu (sekitar tahun 60’an) undang2 dan persturan larangan merokok masih belum dilaksanakan.

    Jadi sikap dan cara Shafie nie macam budak nakal tu ler yer…..perumpamaan saja

  12. Ye Betul. Seret dia keMahkamah dan bagi dia Check In Sg Buloh Inn. Free je. Dan hilangkan terus Saka Tua ni dari Radar Politik Negara. Meluat dan Meloya aku dgn Saka Tua ni dan Anak2 dia. Ramai Rakyat miskin dan Melarat. Tapi dia dan keluarganya sangat2 pandai menabung. Kahak Ptuiii

  13. shafei pun apa kurangnya. dia selalu membela orang jahat. sepatutnya dia dihukum lebih berat dari penjahat kerana bersyubhat dan menapikan kejahatan.

Comments are closed.