STOCKHOLM – Bulan April lalu merekodkan kematian tertinggi di Sweden berbanding bulan-bulan lain sejak tahun 1993.
Pejabat Statitistik berkata, penularan wabak koronavirus menyebabkan jumlah kematian di negara itu tinggi.
Sweden, yang telah menghentikan langkah-langkah penutupan ketat yang dilakukan oleh banyak negara mengalami angka kematian yang lebih tinggi semasa pandemik koronavirus berbanding negara-negara jirannya di Scandinavia.
Di Sweden, wabak tersebut menyebabkan kira-kira 3,700 kematian sejak kes korban pertama dilaporkan pada bulan Mac lalu tetapi tidak seteruk seperti selesema bermusim selama tiga dekad lalu, ketika jumlah korban pada bulan Disember 1993 dan Januari 2000 lebih tinggi, kata Pejabat Statistik. .
Jumlah kematian pada Disember 1993 adalah 11,057 berbanding 10,458 pada bulan April tahun ini.
Dari segi kematian berkaitan dengan jumlah penduduk, pada bulan Januari 2000, 110.8 orang mati bagi setiap 100,000 penduduk, lebih tinggi daripada 101.1 orang pada bulan April tahun ini.
Angka kematian pada tahun 1993 dan 2000 adalah tinggi akibat wabak influenza bermusim, kata Pejabat Statistik.
Secara keseluruhan, 97,008 orang Sweden meninggal sepanjang tahun 1993, tahun paling banyak kes korban sejak wabak selesema Sepanyol pada tahun 1918. – MalaysiaGazette