Home MGNews TERKINI: Persatuan Gunting Rambut : KKM sedang perhalusi SOP yang dikemukakan

TERKINI: Persatuan Gunting Rambut : KKM sedang perhalusi SOP yang dikemukakan

Kementerian Kesihatan menerima surat dari Persatuan Pengusaha Perkhidmatan Gunting Rambut yang merayu untuk membenarkan sektor mereka beroperasi.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam surat rayuan itu persatuan itu mencadangkan Prosedur Operasi Standard yang boleh dipatuhi dan dilaksanakan pihaknya sejajar dengan arahan kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19.