Home Nasional Jumlah barang skim harga maksimum musim perayaan ditambah hingga 35 unit

Jumlah barang skim harga maksimum musim perayaan ditambah hingga 35 unit

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi (dua kanan) meninjau harga barangan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2020 di Pasaraya Econsave, Reko Sentral, Kajang. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2020.

oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mencecah sehingga 35 barangan.

 

———————

KAJANG – Jumlah barangan tersenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai 2020 akan ditambah sehingga 35 barangan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nantha Linggi berkata, walaupun hanya 11 barangan keperluan yang diumumkan sempena musim perayaan kali ini berbanding 27 jenis pada tahun lalu, kuantitinya makan ditambah mengikut keperluan.

“Jika ada barang keperluan lain yang lebih sesuai untuk dimasukkan dalam skim kawalan harga musim perayaan kali ini, kita akan lakukannya.

“Kalau kita lihat latar belakang, memang di peringkat awalnya permintaan kepada barangan keperluan tidak begitu mendesak disebabkan PKP yang mengurangkan perbelanjaan rakyat dan kita perlu buat kawalan harga barang dalam kuantiti banyak, sebaliknya sedikit sahaja berbanding 27 jenis barang tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pasaraya besar Econsave di Reko Sentral, di sini hari ini.

Alexander berkata, bagi sebelas barang yang tersenarai dalam SHMMP itu, pihaknya menyiasat dan memantau harganya sebelum memilihnya.

“Barang keperluan lain akan kita pantau tetapi tidak akan masukkan sekarang sebaliknya hanya laksanakan mengikut keperluan dan permintaan pengguna.

“Kita kena berlaku adil kepada peniaga memastikan mereka tak alami kerugian dan menjaga (kepentingan) pengguna supaya tak terbeli dengan harga mahal dan pada masa sama peniaga perlulah beretika dalam penentuan harga.

“Kita akan laksanakan secara berperingkat 35 jenis barang dalam skim kawalan harga maksimum nanti walhal kita sudah mengenalpasti barang-barang penting yang diperlukan semasa perayaan dan berisiko harga naik supaya ia dikawal dan dipantau,” ujarnya-MalaysiaGazette