Home Dunia McDonald’s didakwa langgar SOP keselamatan Covid-19 disaman

McDonald’s didakwa langgar SOP keselamatan Covid-19 disaman

ILLINOIS – Lima pekerja McDonald’s di Chicago mengemukakan tuntutan saman terhadap rangkaian restoran makanan segera itu kerana didakwa gagal memematuhi garis panduan keselamatan Covid-19 dan membahayakan pekerja dan keluarga mereka.

McDonald’s didakwa gagal menyediakan cecair pembasmi kuman, sarung tangan dan penutup mulut dan hidung yang mencukupi dan tidak memaklumkan kepada kakitangannya jika ada pekerja dijangkiti virus koronavirus baharu itu, menurut salinan tuntutan saman tersebut.

McDonald’s dalam satu kenyataan mengatakan bahawa tuduhan itu tidak tepat dan keselamatan, termasuk pemeriksaan kesihatan dan alat pelindung adalah keutamaannya.

Para pekerja meminta mahkamah Illinois mengeluarkan injuksi supaya McDonald berhenti meminta pekerja menggunakan kembali penutup hidung dan mulut, mengeluarkan arahan pemakaian penutup hidung dan mulut kepada pelanggan dan meminta syarikat untuk memberitahu pekerja sekiranya rakan sekerja dijangkiti.

Secara berasingan, pekerja McDonald di tiga lokasi California turut mengemukakan tindakan pentadbiran atas keadaan yang dikatakan tidak selamat dengan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan California.

Pekerja di restoran, gudang dan perniagaan penting lain yang tetap beroperasi semasa wabak Covid-19 telah melakukan memprotes dan meninggalkan pekerjaan kerana bimbang akan dijangkiti.

Kumpulan pedagang telah memberi amaran gelombang litigasi ke atas pandemik namun hanya beberapa kes telah difailkan.

Retailer Walmart Inc and meat producers JBS SA and Tyson Foods Inc were each sued over employee deaths from Covid-19.

Peruncit Walmart Inc dan pengeluar daging JBS SA dan Tyson Foods Inc masing-masing disaman atas kematian pekerja dari Covid-19.

Smithfield Foods Inc digugat oleh sekumpulan pekerja yang menuntut tindakan keselamatan dalam tuntutan sama seperti kes McDonald.

Kes Smithfield ditolak kerana hakim mengatakan keadaan tempat kerja adalah urusan Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, yang merupakan sebahagian dari Jabatan Tenaga Kerja. – MalaysiaGazette