Home Politik Negara dalam krisis pun mahu rebut kuasa

Negara dalam krisis pun mahu rebut kuasa

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan pihak tertentu yang masih mahu merebut kuasa semasa Malaysia sedang berdepan dengan krisis paling teruk dalam tempoh 100 tahun.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ramai rakyat negara ini yang hilang pekerjaan akibat satu per satu industri utama lumpuh.

Malah, ada rakyat yang sakit dan bertarung dengan nyawa akibat wabak Covid-19.

”Namun, ada pihak yang masih menjadikan rebutan kuasa sebagai keutamaan mereka.

”Mahu heret seluruh negara dalam permainan mereka pada masa Covid ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut beliau, walaupun tingkah-laku pihak terbabit sudah ditegur oleh Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Parlimen namun pesanan itu tidak dihiraukan.

Sebaliknya, pihak tertentu bertindak mengadakan sidang media dengan Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong memberi amaran.

”Siap gunakan nama saya kenapa dia mahu buat usul tidak percaya. ‘Fitnah-fitnah terhadap saya pun tak pernah berhenti,” ujar Najib lagi.

Sedangkan, Ahli Parlimen Pekan itu memaklumkan Tun Dr Mahathir yang melepaskan jawatan tetapi kini beliau mahu merebut semula jawatan ketika negara masih dalam ancaman wabak Covid-19.

Artikel berkaitan: Tun M jelaskan usul undi tak percaya kerana Muhyiddin kerjasama dengan Najib

Najib mengingatkan Dr Mahathir yang gagal mengawal Covid-19, malah melawan amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Dr Mahathir juga didakwa gagal mengharamkan perhimpunan besar; gagal menghalang kemasukan pelancong asing; gagal meningkatkan ujian saringan Covid-19.

Akibatnya daripada kegagalan-kegagalan itu, rakyat terpaksa berkurung selama dua bulan sehingga hilang pekerjaan.

Namun, selepas wabak semakin reda sedikit atas pengorbanan satu Malaysia, pihak terbabit kembali untuk berebut kuasa.

”Kalau dah dua kali jadi PM, kalau dah begitu gagal dalam masa 22 bulan yang lalu, kenapa masih mahu ganggu dan ancam kestabilan kerajaan dengan permainan politik pada masa kita perlu lawan impak ekonomi sedunia akibat krisis Covid?” soal Najib yang mendakwa mempunyai banyak ‘cerita-cerita’ jika mahu dibongkarkan.

Ia termasuk kisah syarikat kapal terbang, cerita KLCC, Hospital dan konsesi kerajaan, seseorang menghancurkan seluruh industri utama negara, orang hadiahkan berpuluh buah kereta kepada mereka, pemilik syarikat kapal terbang, cerita asal-usul PLUS, kisah curi saham-saham bumiputera, arahan runding terus untuk jayakan Tawaran Awam Permulaan sesebuah syarikat, cerita 480 syarikat milik keluarga dan lain-lain lagi.

Malah, cerita kucing bernilai ratusan ribu ringgit pun ada, katanya, walaupun mengakui tidak gemar bercerita hal orang lain terutama pemimpin negara yang pernah ada jasa kepada negara.

Lagipun, katanya, rakyat perlu menumpukan seluruh tenaga untuk menghadapi krisis pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. Bongkarkan shj dato! Biar si tua tu menung skjp utk fikir semula perbuatan2nya selama ni.. tua tak sedar diri!

  2. Anak didik seperti Anwar, Najib, Muhyidin tak akan tidak tahu pekung Tok guru, sebab dia Tok guru anak murid ada hormat sikit.

  3. DSN memang berada di kelasnya tersendiri. Saya perhatikan bahawa setiap analysis dan statement beliau memang ada power. He is a very cultured politician. A good quality of a Muslim and Malay who takes are of his adab and adat. He has a very good memory. When he speaks, he is in control of his speech. When he fights with PH (through FB or public speeh), he fights as a one man army. He doesn’t provoke the rakyat to go against PH or organize street demonstration. Unlike Najib, Mahathir’s memories is fading away, especially all his past statements and mistakes. In my opinion, Mahathir could survive his first time in office for 21 years is because there was not social media during that time. Everything you read is what comes out from the newspapers that are controlled by his government. It was good of DSN to remind Mahathir or the contracts and projects he gave his children and cronies. In my final analysis, DSN is truly the best politician and leader that the country has produced. He is truly the people’s Prime Minister or we call the PM of the hearts. He is really close to the people of all race and religion. May God be with hm. Save Malaysia from PH and their evil politicians, ameen!

  4. orang berebut sebab belum dapat. kau dah dapat duduklah diam2. banyakan berdoa supaya berkat.

  5. kesimpulan SENDIRI GANTUNG DIRI….tetapi MENYALAHKAN pihak lain yang memBUNUH mereka sendiri.Rakyat jadi MANGSA pecahbelah atas Sandiwara kuasa mereka.

  6. Bosskurrrr kata kat sapa tu … kata kat donald trump ka kata kat paklong din … satu demi satu ditawannya kerajaan negeri melalui serangan peluru katak … la ni dok target selangor dengan sabah pulak … bosskurrr marah anak sindir menantu ni

  7. NAK BUAT MACAM MANA DSN,DAH MEMANG MAHATHIR SAKA TUA LAKNAT TU HATI DAH BERTUAN DAJJAL N IBLIS..
    SATU JALAN TERBAIK,BUBAR SAJA PARLIMEN.YANG PENTING MN DAPAT MANDAT RAKYAT PENUH NANTI.TSMY BOLEH LAGI JADI PM N DSN TIMB.PM..SEBAB DSN MASIH DALAM KES,OAS SETEL KES,BARU CITER LAIN NANTI.YANG PENTING,BIAR RAKYAT HUKUM MAHATHIR,DAP,PKR…HANYA RAKYAT MAMPU BENAM 3 EKOQ SETAN KEPARAT TU…
    PAN TU TAK ADA MASALAH,HANYA PICISAN TUKANG CUCI KUTU KAT TELOQ DAP JA.

  8. Humanity global terbaik! Salute you!
    Ada pernah dengar Najib kutik Melayu?
    Tiada.
    Ada pernah dengar Najib kata Melayu bacul?
    Tiada.
    Ada pernah dengar Najib kata hukum Islam mundur?
    Tiada.

    Najib tak pernah pun kutuk mana mana kaum dan agama. Dia amat berhati hati.
    Bukan macam Atok!

Comments are closed.