Home Dunia Pasangan suami isteri temui anak diculik selepas 32 tahun

Pasangan suami isteri temui anak diculik selepas 32 tahun

Mao Yin kembali bersatu dengan keluarganya. foto Agensi

BEIJING – Sepasang suami isteri dan anak lelakinya yang diculik di sebuah hotel pada tahun 1988 bersatu kembali selepas 32 tahun berpisah.

Mao Yin diculik ketika usianya dua tahun ketika bapanya memberhentikan kereta untuk membeli air dalam perjalanan balik dari tempat asuhan kanak-kanak di Xian, wilayah Shaanxi.

Kejadian itu berlaku pada 17 Oktober 1988.

Pada hari kejadian, Yin telah meminta air, menyebabkan bapanya menghentikan kereta di pintu masuk hotel.

Ketika bapanya sedang menyejukkan air yang panas, dia berpaling dan mendapati Yin sudah hilang.

Keluarganya telah mencari Yin di seluruh negara.

Mereka bertemu kembali di sidang media polis Isnin lalu – Yin kini sudah berusia 34 tahun.

”Saya mengucapkan terima kasih kepada berpuluh-puluh ribu orang yang membantu kami,” kata ibu kepada lelaki itu, Li Jingzhi.

Li berkata, dia berhenti kerja untuk mencari anaknya dengan menyebarkan gambar anaknya di 10 wilayah dan perbandaran tetapi gagal.

Dia kemudian memulakan sukarelawan dengan Kumpulan “Baby Come Back Home” untuk membantu ibu bapa yang mencari anak mereka yang hilang.

Beliau berjaya menyatukan 29 orang kanak-kanak dengan keluarga masing-masing tetapi Yi masih belum ditemui.

Pada April lalu, polis telah menerima maklumat awam mengenai seorang lelaki dari wilayah Sichuan di barat daya China – kira-kira 1,000 km (620 batu) dari Xian – yang telah mengasuh seorang bayi beberapa tahun lalu.

Polis menemui ‘bayi’ tersebut – sekarang lelaki berusia 34 tahun, dan ujian DNA dilakukan untuk mengesan sama ada lelaki itu ada kaitan dengan Mao Zhenjing dan Li Jingzhi.

Dan, hasilnya positif.

Mao Yin – yang telah diganti namanya menjadi Gu Ningning – kini menjalankan perniagaan hiasan rumah.

Yin berkata, dia “tidak pasti” tentang masa depan, tetapi akan menghabiskan masa dengan ibu bapanya.

Polis berkata, Yin telah dijual kepada pasangan suami isteri dengan harga 6,000 yuan namun tidak mendedahkan pembelinya. – MalaysiaGazette