KUALA LUMPUR – Nasib yang menimpa bekas pengamal media terutamanya kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. tidak pernah dilupakan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Atas dasar hubungan ukhwah sesama manusia khususnya rakan sejawatan, barangan keperluan harian dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.
Apatah lagi ada yang masih lagi tidak mendapat pekerjaan selain mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Justeru kira-kira 20 bekas wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! disantuni selain sumbangan turut diberikan kepada jurugambar yang terdiri daripada organisasi media lain.
Sumbangan melibatkan barangan seperti beras dan bihun oleh Padiberas Nasional (BERNAS) selain telekung oleh D’or Rue Sdn. Bhd. menerusi Projek Wakaf Telekung sempena program Ziarah Ramadan MalaysiaGazette.
Program seharian bermula pukul 10 pagi sebelum sumbangan dihantar ke rumah pengamal yang berakhir sekitar j8 malam yang melibatkan dua kenderaan dan lapan staf MalaysiaGazette.
Sebelum ini, katanya program itu telah menyantuni beberapa lokasi terpilih, seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Petaling Jaya, Hospital Kuala Lumpur, Penjara Kajang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak. – MalaysiaGazette