Home Seni Hidup IKHLAS, PERKHAS jelajah Maran sampai sumbangan

IKHLAS, PERKHAS jelajah Maran sampai sumbangan

IKHLAS dan Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (PERKHAS) aktif menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan juga kepada 200 buah keluarga daripada pelbagai komuniti di Maran, Pahang.

KUALA LUMPUR ​- IKHLAS menerusi Kempen Derma Dengan Ikhlas bersama Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (PERKHAS) terus aktif menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan juga kepada 200 buah keluarga daripada pelbagai komuniti di Maran, Pahang.

Sebanyak RM10,000 daripada jumlah dana sumbangan melalui kempen tersebut yang digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, laksa, tepung, kordial, gula, krimer, meehoon, telur, air minuman dari pembekal tempatan.

Presiden PERKHAS, Datuk Fizz Fairuz berkata, pihak kami amat berterima kasih kepada IKHLAS kerana dengan adanya kerjasama itu dapat terus membantu golongan yang memerlukan.

“Bantuan dapat disampaikan termasuk kepada golongan asnaf, petugas-petugas barisan hadapan, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Pihak kami berharap sumbangan berbentuk barangan asas yang telah disampaikan ini serba sedikit dapat meringankan beban kehidupan seharian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

kempen Derma Dengan Ikhlas telah berjaya mencapai sasaran kutipan dana lebih RM1 juta melalui inisiatif derma digital awam.

Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin pula memberitahu, pihaknya bersyukur kempen Derma Dengan Ikhlas berjalan dengan lancar dan dana yang terkumpul melalui inisiatif derma digital awam itu dapat sedikit sebanyak meringankan beban komuniti yang memerlukan, terutama pada masa yang mencabar ini.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan PERKHAS untuk terus mengedarkan barangan keperluan asas kepada lebih ramai keluarga dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan,” katanya.

Sehingga kini, kempen Derma Dengan Ikhlas telah berjaya mencapai sasaran kutipan dana lebih RM1 juta melalui inisiatif derma digital awam.

Kempen Derma Dengan Ikhlas adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan.

Ini termasuk kewajipan agama seperti mmrah, korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari Givewith.ikhlas.com​, ​atau melalui laman sosial di Instagram ​ikhlasdotcom ​dan Facebook ikhlasdotcom​. – MalaysiaGazette