
KUALA LUMPUR- Majlis sambutan rasmi kerajaan yang telah dijadualkan lebih awal dibatalkan sehingga Oktober tahun ini.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, ia merangkumi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 24 Mei ini serta Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri pada tarikh yang sama.
Selain itu, acara-acara sempena Sambutan Hari Pahlawan pada 12 hingga 14 Ogos 2020 juga dibatalkan.
Turut dibatalkan adalah Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 19 dan 20 Ogos 2020 serta Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 29 Oktober 2020.
“Berdasarkan kepada keadaan semasa negara yang sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, Majlis Rasmi Kerajaan Tahun 2020 yang disenaraikan seperti di bawah adalah dibatalkan
“Walau bagaimanapun, sebarang pindaan kepada penganjuran acara dan Majlis Rasmi Kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.-MalaysiaGazette