Home Seni Hidup Pak John kembali beroperasi sepenuhnya

Pak John kembali beroperasi sepenuhnya

Pak John Steamboat &; BBQ (Pak John) terletak di eCurve, Mutiara Damansara.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat stimbot dan panggang apabila Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) akan beroperasi sepenuh bermula esok.

Pengarah Urusan Pak John, CS Chong berkata, hidangan bufet itu akan bermula pukul 6 petang hingga 9 malam setiap hari hanya di eCurve, Mutiara Damansara.

Pada masa sama jelas beliau, pihaknya komited untuk mematuhi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Butiran pelanggan yang datang seperti nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan akan direkodkan.

Pak John Steamboat & BBQ menyediakan lebih 160 menu bersama 16 jenis sos termasuk pelbagai pemanis mulut.

“Di dalam restoran pula, jumlah meja terhad kerana susun aturnya ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pak John hanya menyediakan menu ringkas yang digoreng selain nasi lemak secara atas talian.

Pak John sebelum ini terkenal di kalangan peminat stimbot dan panggang kerana menyediakan lebih 150 menu pada harga yang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 012-7050 684. – MalaysiaGazette