Home Nasional Tawaran kepada Riza Aziz adalah unik – Tun M

Tawaran kepada Riza Aziz adalah unik – Tun M

Riza Aziz

KUALA LUMPUR- Malaysia tidak pernah menerima atau mengamalkan konsep tawar-menawar yang mana suspek kesalahan jenayah menawarkan untuk membantu kerajaan dan sebagai balasan mendapat sedikit imbuhan yang bermanfaat untuk dirinya.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, amalan tersebut biasanya berlaku di Amerika Syarikat namun begitu, ianya masih menguntungkan kerajaan kerana maklumat yang diberikan oleh suspek jenayah lebih berguna.

“Ia bukan mengenai memulangkan semula wang yang telah dicuri apatah lagi wang tersebut kurang separuh daripada jumlah yang dicuri.

“Konsesi yang diberikan kepada Riza Aziz adalah unik.

“Beliau boleh menggunakan wang yang dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (untuk dipulangkan kepada kerajaan Malaysia).

“Hasil perjanjian dengan Peguam Negara sebelum ini, wang tersebut kini akan dipulangkan kepada Malaysia kerana telah dibuktikan milik negara.

“Tetapi apa yang akan dipulangkan semula oleh Riza Aziz adalah kurang separuh daripada jumlah wang yang telah dirampas oleh Jabatan Kehakiman.

“Sejumlah besar lagi wang hasil curian itu masih lagi dipegang oleh beliau dan dalam masa yang sama beliau dilepaskan (daripada pertuduhan),” katanya dalam laman blognya hari ini.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu membenarkan kerajaan untuk melucutkan hak wang tunai hampir RM600,000 milik Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disita oleh pihak polis dua tahun lepas.

Ini susulan persetujuan yang dicapai oleh Riza Shahriz dan pihak pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram yang dihadapinya sebelum ini, di mana dia dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 14 Mei lepas.

Pada hari yang sama, penerbit filem Hollywood, The Wolf of Wall Street itu menyatakan persetujuannya untuk memberi keterangan menentang bapa tirinya berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Sekarang kleptokrat telah kembali dan amalan yang tidak pernah didengar di Malaysia tiba-tiba muncul.

“Dijangka tawaran untuk menarik balik pertuduhan terhadap pencuri-pencuri itu akan berlaku sekiranya mereka sanggup untuk memulangkan semula sebahagian wang yang telah dicuri,” kata Dr. Mahathir lagi.- MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Hakikatnya yg Mahathir tidak mahu bercakap adalah…pertuduhan yg telah di kenakan oleh Tommy Thomas (yg dilantik oleh Mahathir sendiri) ke atas Riza terbukti lemah, maka pasukan pendakwa yg di lantik khas oleh Tommy Thomas iaitu Gopal Sri Ram pun terpaksa bersetuju dengan penyelesaian yg dikemukakan oleh peguam Riza.

    Silap2 Riza boleh terlepas tanpa perlu bayar satu sen pun…maka sebab itu Gopal Sri Ram memilih utk bersetuju dgn penyelesaian yg dikemuka kan oleh Riza.

    PH dan Mahathir sekali lagi kantoi dlm usaha mereka menekan Najub habis2an dan Najib hanya mampu menyaksikan kesudahan drama dendam kesumat ini dengan senyuman.

  2. Dia curi duit petronas bail out syarikat anak dia juta juta kalau pasaran sekarang bilion , satu sen pun tk pulang lagi wang curi tu , makan duit haram sampai mati lah gamaknya ye ,,forex 30b sekarang dh 120b satu sen pun tk balik ..duit rakyat yg dia curi la tu …

  3. Siapa bos pencuri sbnar..org tua ni tak sedar selama 22 tahun dia tarah duit rakyat , lupa ke, smpai kaya raya kluarga..tak pyh nk ckp org lain mencuri lh ya…sedar diri sikit…jgn smpai krjaan baru herat ko anak beranak ke mahkamah sudah..makin tua mkin menjadi2 ni nyanyok nya..

  4. Pihak berkuasa dan jabatan peguam negara pulak takut nak ambil tindakan ke atas dia dan anak anak dia. Mereka sekeluarga kenyang makan duit haram hak rakyat. Jadi kira ambil faham sebenarnya pihak berkuass takut nak ambil tindakan ke atas dia lah. Jadi ekarang sebadsi rakyat kita menuntut hak rakyat dikembalikan dan dan pastikan dia muflis.. itu pun halau kerajasn PN ni ikhlas nak bantu selesai masalah rakyat.

  5. Mahathir ni bodoh ke, bahlol ke atau dah nyanyuk?? Bila masa plak Riza tu didakwa atas kesalahan jenayah?? Kes ni sama mcm kes perlucutan harta yg Tipah Koya buat tu..sama mcm kes Jakel, sekutu Medey di Sabah dll. Mrk ni bukan dituduh mencuri tapi wang yg diterima tu dipercayai hasil haram. Toksa nak belit lah Medey baghal!

  6. memang unik lah hasil pakatan nasional yang terancang. sepatutnya kerajaan ini oatut disiasat dari semua yang terlibat. hakim peguam atau siapa punca ianya berlaku. mesti dianggap melakukan rasuah. sememangnya ianya rasuah.

  7. Tak de yg unik laaa…yg unik ialah pengguguran kes rasuah Lim Guan Eng & Shafie Afdal…dan no further action kes Forex Medey…ni semja kes2 jenayah..Medey siap buat buat terkejut…munafik sungguh!

Comments are closed.