TERKINI : “Ibu Mengandung 35 Minggu”, Ahli Keluarga Akan Disaring – Dr. Noor Hisham

Seramai 30 ahli keluarga wanita hamil di Kelantan yang disahkan positif Covid-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang, Selangor, baru-baru ini sudah melakukan ujian saringan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 20 ahli keluarga yang melalui saringan dikesan negatif Covid-19, manakala 10 lagi masih menunggu keputusan.

“Daripada segi kontak rapat pula, kita akan lihat sama ada di tempat destinasi itu atau tempat asal di Ampang dengan menjalankan saringan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.