Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu yang dikenal pasti di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil.
Seramai 645 orang telah disampel secara keseluruhan dimana 35 daripadanya didapati positif Covid-19 manakala, 400 lagi negatif dan 210 orang masih menunggu keputusan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, ke semua 35 kes positif tersebut bukan warganegara Malaysia, dimana 17 merupakan warga Myanmar, 15 warga India, seorang warga Sri Lanka, seorang Bangladesh dan satu lagi Mesir.