LONDON – Bekas Pemain Manchester United Ashley Young membuat kejutan setelah kembali menjalani latihan penuh bersama pasukannya setelah Itali melonggarkan peraturan perintah berkurung.
Pemain pertahanan Inter Milan itu muncul dengan imej baharu apabila memiliki rambut di kepalanya.
Sebelum ini bersama United selama 10 tahun, Young sentiasa mencukur kepalanya untuk berimej rambut botak sepanjang kariernya di Old Trafford.
Penampilan baru Young itu menarik perhatian peminatnya.
Menerusi laporan Daily Star, gaya rambut pemain serba boleh itu menjadi viral setelah Inter berkongsi foto pemain yang sedang berlatih melalui Instagram kelab.
“Pemain ini sentiasa botak ketika bersama kami selama sekitar 10 tahun dan dalam masa setahun dia sudah memiliki rambut di Milan,” tulis seorang peminat Manchester United di media sosial.
Ada juga yang menulis komen: “Inilah yang berlaku ketika anda meninggalkan Manchester United. Semuanya mula berfungsi.”
Di antara komen di media sosial mengenai penampilan baru Ashley Young, banyak yang datang dari peminat United yang mengkagumi imej terbaru bekas pemain United itu. – MalaysiaGazette