Home Nasional Suspek OKU disyaki guna identiti Ketua Pemuda MCA ditahan

Suspek OKU disyaki guna identiti Ketua Pemuda MCA ditahan

drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang suspek lelaki Orang Kelainan Upaya yang sakit mental atas kesalahan menggunakan identiti Ketua Pemuda MCA, Nicol Wong dan melakukan jenayah siber di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang memegang kad OKU sejak 2015 dan pernah menjalani rawatan psikatrik ditahan pada Rabu lalu.

Katanya, suspek ditahan oleh pasukan polis Petaling Jaya hasil serbuan di kediaman suspek pada pukul 1.30 petang.

“Polis menerima laporan dari Nicol Wong Siaw Ting pada 21 April lalu selepas dia menyedari gambar dan namanya digunakan oleh individu tidak dikenali dalm Facebook untuk melakukan jenayah.

“Bertindak atas maklumat, pada 20 Mei lau sekitar jam 1.30 petang, polis serbu sebuah kediaman di Taman Lembah Maju, Ampang.

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes berkenaan,” atanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Menurut Nik Ezanee, siasatan lanjut ke atas suspek mendapati dia memiliki kad OKU.

“Suspek telah diberi jaminan polis bagi tujuan mendapatkan laporan psikatrik.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek polis turut merampas barang peribadi milik suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut iaitu sebuah telefon bimbit berjenama Oppo model CPH1723 dan dua keping kad sim untuk siasatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette