Nasib yang menimpa bekas pengamal media terutamanya kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. tidak pernah dilupakan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Atas dasar hubungan ukhwah sesama manusia khususnya rakan sejawatan, barangan keperluan harian dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.
Apatah lagi ada yang masih lagi tidak mendapat pekerjaan selain mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Justeru kira-kira 20 bekas wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! disantuni selain sumbangan turut diberikan kepada jurugambar yang terdiri daripada organisasi media lain.