Melihat sendiri ketabahan wanita ini melayan suami yang terlantar sejak beberapa tahun lalu sememangnya mengundang simpati yang bukan sedikit.
Dia wanita tabah. Jari jemarinya pantas memasang alat penyedut kahak dan tekun menjalankan kerja-kerja memastikan kahak suaminya, Abdul Rahman Mohamad Isa, 60, dapat dikeluarkan dengan cara yang betul.
Tentunya proses itu tidak mudah dan menuntut ketabahan kerana dia terpaksa melihat sendiri ‘seksa’ yang terpaksa ditanggung suami apatah lagi bunyi kahak dikeluarkan itu adakalanya mengganggu perasaan umpama dia turut merasa sakit.
Ditanya apakah punca Abdul Rahman terlantar, Noor Yasmoon Mohd Noor pantas berkongsi cerita.