HONG KONG – Undang-undang keselamatan yang diusulkan oleh China kepada Hong Kong menyebabkan ribuan tampil di jalanan membuat bantahan dan demonstrasi hari ini.
Agensi melaporkan, rata-rata yang turun jalanan termasuklah pro-demokrasi Hong Kong di sekitar di daerah Causeway Bay dan Wan Chai yang sibuk pada awalnya aman kemudian bertukar menjadi agresif sehingga memaksa polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Ramai juga penunjuk perasaan bertopeng turut membuat sekatan jalan untuk menghalang jentera polis daripada masuk sehingga keadaan menjadi begitu tegang untuk seketika.
Polis anti rusuhan dikerahkan selepas penunjuk tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa melarang perhimpunan tanpa kebenaran dengan melanggar undang-undang berkaitan COVID-19 melarang perhimpunan awam melebihi lapan orang.
Undang-undang yang bakal digubal itu sebenarnya mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan negara ini malah sejak beberapa bulan sudah melahirkan bantahan namun di pandang acuh tidak acuh oleh Menteri Luar China, Wang Yi.
Antara yang akan digubal ialah mengharamkan pengkhianatan, penindasan dan hasutan.
Hong Kong yang mula bergolak akibat tunjuk perasaan besar-besaran yang kerap bertukar ganas dengan China terus berkeras tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk bantahan.
Seorang pegawai tertinggi yang enggan dikenali di China mendakwa penguatkuasaan undang-undang tanah besar China tidak akan dilaksanakan di bandar itu tanpa persetujuan pihak berkuasa tempatan.
Namun pada masa sama, penduduk tidak yakin dengan tindak tanduk China yang berkemungkinan tetap melaksanakan penggubalan undang-undang tanpa persetujuan pihak berkuasa tempatan.
Badan perundangan China dijangka meluluskan deraf resolusi berkenaan Khamis ini, manakala kandungannya akan diperjelaskan di kemudian hari. –MalaysiaGazette