Home Akhbar Cina Maaf, tiada tetamu kali ini

Maaf, tiada tetamu kali ini

Papan tanda yang dipasang pada pintu pagar rumah Mazlina.

MUAR – Setiap orang perlu berkorban dalam usaha memerangi wabak, dan ia termasuklah mengorbankan kemeriahan perayaan.

Di Muar, sepasang adik-beradik perempuan memilih untuk beraya secara sendiri dalam rumah, malahan mereka memasangkan tanda tidak mengalu-alu tetamu pada pintu pagar rumah.

“Tiada tetamu pada masa ini, terima kasih,” begitu bunyi papan tanda bahasa Inggeris itu.

Mazlina, 56, berkata, dia dan kakaknya memilih untuk tidak menerima kunjungan, termasuk oleh saudara-mara kerana mahu menjaga kesihatan.

“Penyakit COVID-19 ini sangat dahsyat dan kami perlu mengutamakan kesihatan. Kami justeru membuat keputusan untuk beraya secara bersendirian dalam rumah.

“Masa raya dulu memang anak-anak dan saudara lain akan bermalam beberapa hari di sini dan suasananya meriah. Tahun ini sunyi, tetapi kami perlu berdisiplin semasa memerangi wabak,” katanya kepada wartawan Sinchew Daily.

Tindakan dua adik-beradik di Muar itu turut mendapat pujian jiran bukan Melayu yang mula-mulanya terkejut dengan papan tanda tidak mengalu tetamu pada musim perayaan.

Seorang jiran berkata, keluarga Mazlina layak dipuji kerana menunjukkan kesedaran sivik yang sangat tinggi.

1 Komen

Comments are closed.