Depoh Tahanan Imigresen Semenyih menjadikan kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejumlah 1,752 sampel telah diambil melibatkan 1,631 dan kakitangan depoh berkenaan adalah sebanyak 121 orang.
“Depoh Tahanan Imigresen Semenyih ada 21 kes positif, kluster Pedas, Negeri Sembilan ada satu kes menjadikan 163 kes, dan kluster tapak pembinaan Setia Alam juga tambah satu kes menjadikan 13 kes,” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.