Menjelang Aidilfitri esok, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang akan bekerja sempena Hari Raya Aidilfitri, esok.
Beliau turut menasihatkan agar para petugas barisan hadapan agar bersabar dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul semasa tempoh penularan Covid-19 dan juga semasa tempoh perayaan.
“KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dan kepada yang bukan Islam selamat bercuti.