MADRID – Perlawanan tertutup antara Real Betis dan Sevilla akan menjadi pemula La Liga Sepanyol musim ini pada 11 Jun ini.
Presiden La Liga Javier Tebas memberitahu TV Spanish beliau yakin perlawanan itu akan menjadi acara tribute kepada semua nyawa yang terkorban akibat Covid-19.
Bagaimanapun Tebas juga memberi amaran kepada para pemain supaya berhati-hati dengan setiap pergerakan mereka.
Peringatan itu menyusul selepas empat pemain Sevilla dikesan melanggar peraturan dan penjarakan sosial kesihatan dan memohon maaf.
Ever Banega, Lucas Ocompos, Franco Vazquez dan Luuk de jong dilihat berparti liar pada hujung minggu lalu tanpa sebarang langkah keselamatan penjarakan sosial.
“Pemain adalah contoh terbaik kepada masyarakat dalam mematuhi peraturan kesihatan Covid-19 dan sentiasa perlu menjaga pergerakan dan tindakan masing-masing,” ujarnya.-MalaysiaGazette
Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez memberi kebenaran kepada dua liga teratas negara itu untuk menyambung semula liga pada 8 Jun ini.-MalaysiaGazette