KUALA LUMPUR – UMNO wajar bersikap seperti seorang ayah sekalipun pada ‘anak’ yang telah meninggalkannya atau yang ingkar padanya mahupun kepada anak yang pernah ia halau pergi.
Resam seorang bapa, biar sedalam mana pun terguris, biar seteruk mana pun diperlakukan, nun jauh di sudut hati, tetap tertanam sekelumit harapan agar anak-anak kembali ke pangkuannya.
Mempunyai sikap seperti seorang ayah itu merupakan pesan yang diberikan Presiden Majlis Ulama Sedunia, Sheikh Ahmad Al Raisun pada pertemuan antara beberapa pemimpin UMNO dengan beliau di Putrajaya beberapa bulan lalu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, banyak nasihat yang diberikan Sheikh Ahmad namun yang paling utama beliau berpesan kepada pemimpin UMNO yang hadir agar bertindaklah seperti ‘ayah’ dalam politik kepartian di Malaysia.
Menurut beliau, bukan sahaja kerana UMNO adalah parti tertua, berpengaruh dan besar sumbangannya kepada Malaysia tetapi juga kerana semua parti Melayu Islam di Malaysia ini mempunyai sangkut paut dan perkaitan dengan UMNO.
Katanya, biar dari segi sejarahnya, ideologinya atau sudut lain, Pas lahir dari pendukung UMNO, begitu juga Semangat 46, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mana semuanya dibidani oleh mereka yang dahulunya bersama UMNO dan memimpinnya.
“Nasihat tersebut ringkas. Namun, bermakna. Nasihat tersebut ringkas, namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Malah, sangat mencabar dan menuntut kesanggupan serta pengorbanan dalam aneka segi.
“Sebab itulah, apabila UMNO dan Pas membentuk Muafakat Nasional, ia laksana sirih pulang ke gagang. Ia seakan membenarkan betapa air, walau dicincang tidak akan putus,” katanya dalam hantaran di laman Fecebook yang bertajuk ‘UMNO pasti Sang Ayah’.
Kata Mohamed Khaled, walaupun dengan rupa bentuk kepartian tersendiri, DNA perjuangan UMNO dalam Pas yang wujud menyebabkan UMNO merangkul Pas dengan erat setelah terpisah sekian lama.
Tambah beliau, jika UMNO dan Pas yang saling berseteru untuk puluhan tahun boleh mengetepikan ego masing-masing untuk bertaut menjadi saudara masakan partinya akan menutup ruangnya kepada PPBM, lebih-lebih lagi Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara putera terbaik yang pernah UMNO lahirkan.
“Demi Malaysia yang kita cintai dan demi kesatuan bangsa Melayu serta kepentingan Islam, marilah di bulan yang penuh kemaafan ini, kita menjernihkan kekeruhan yang selama ini tidak menguntungkan sesiapa pun melainkan pihak lawan masing-masing.
“Marilah kita mencari jalan untuk bertaut semula, seperti sebelumnya. Semasa kita semua diikat oleh satu tekad dan kepercayaan untuk berjuang dan menyumbang kepada bangsa teras dan mentadbir tanah air ini sebagai rumah terbaik untuk semua.
“Marilah kita dukung roh Sang Ayah dalam UMNO, dan menguatkannya dengan islah dan pembaikan,” ujarnya.
Mohamed Khaled berkata, bukan mudah untuk mana-mana parti Melayu menggantikan peranan UMNO dan kepada orang Melayu, politik tanpa UMNO sangat dangkal dan janggal.
Tambah beliau, UMNO dan Pas sudah cukup untuk menjadi suara bangsa Melayu, malah tiada kekuatan lain yang boleh menandingi gandingan tersebut.
Jelas beliau, pertambahan parti Melayu lain tidak akan mengukuhkan kepentingan politik orang Melayu tetapi hanya memecah dan melemahkan mereka. – MalaysiaGazette
Madey tak boleb sebab dis pengkhianat bangsa melayu dan penabur fitnah. Bersama dia sama lah seperi memberi orang melayu minum racun.
Ini untuk Pas dan Umno sahaja (Muafakat Nasional).
Amanah tak boleh , begitu juga orang bekas Umno yang menang pilihanraya atas tiket Umno pada pilihanraya umum 14 yang lepas dan kemudian nya khianati parti dan masuk Ppbm.
Itu sudah dikira terang2 pengkhianat yang mementingkan diri sendiri dan harus disisihkan. Mereka tak diperlukan oleh sebab perbuatan sendiri.
Presiden Majlis Ulama Sedunia pun berminat dgn perjuangan bangsa Melayu.
Mungkin dia tidak sedar yg perjuangan bangsa Melayu masih berterusan walaupun telah mencapai merdeka dan memerintah Malaya lebih 60 tahun.
Dan masih memerlukan masa untuk memertabatkan bangsa dan halatuju bangsa, malah tulisan jawi – tulisan kebanggaan Melayu pun turut pupus ditelan zaman.
PENGKHIANAT2 YANG LOMPAT PARTI SELEPAS PRU 14 BN TUMBANG ITU HARI NAK TERIMA SEMULA KER.⁉️JAWAB YANG TU DULU…
DEPA TINGGAL PARTI BIAR TERKAPAI NYAWA PARAS IDUNG,DAN MEREKA MELIHAT PENUH MAKSUD BIARLAH TENGGELAM TERUS UMNO,TAK ADA WALAU UJUNG BIBIR BERKATA SIMPATI..ADALAH ADA ORG LETAK PISAU D LEHER SURUH LOMPAT?TAK ADA KAN..
ORG NAK MASUK PARTI UMNO YG BARU,YG D PECAT,YANG MENGHILANG BOLEH SAJA D TERIMA.SEKURANGNYA DIA BUKAN PENGKHIANAT,ATAS APA ALASAN SEKALIPON,JIKA RASA D PIHAK BENAR,KENAPA PERLU GOYANG.
UMNO MAU TERIMA SEMULA PENGKHIANAT2,TERPULANG PADA MT UMNO.TAPI JANGAN SAMPAI ADA RAKYAT YG MAKAN HATI,.
MUNAFIQ BUKAN SUATU YG ISLAM PANDANG RINGAN..
RAKYAT MENANGIS WAKTU JATUHNYA UMNO,BERTAMBAH LARA DENGAN 5-7 ORANG MUNAFIQ LOMPAT PARTI.
MASIH RAMAI DARI RAKYAT AKAR UMBI UMNO YG JATUH BANGON BERSAMA MAMPU MENJADI PEMIMPIN BARU.
BODOH SEKALI TAK APA,,ITU PELAJARAN,BODOH DUA KALI PADA MUNAFIQ,ITU MEMANG BODOH SANGAT2..