Home Utama PH jangan buang masa bertanding di DUN Chini

PH jangan buang masa bertanding di DUN Chini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat dijangka mendapat malu besar sekali lagi jika meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Ini kerana, DUN China pasti kekal milik Barisan Nasional (BN)/Muafakat Nasional (MN),

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, sesungguhnya Chini telah sekian lama menjadi kubu kuat BN/UMNO.

”Bagaimanapun kewujudan rancangan tanah Felda di Chini menjadikan Pas bertapak kuat dikawasan ini dan menjadi musuh utama BN.

”Kemunculan PH/PKR hanya dalam PRU14 ketika tsunami politik.

”Dengan wujudnya MN maka Chini sudah pasti milik BN/MN dan PH/PKR akan sekali lagi mendapat malu besar terutama dalam suasana politik hari ini. Gabungan undi BN/UMNO dan Pas tidak mungkin dicabar oleh PH/PKR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Oleh itu, katanya, adalah wajar PH/PKR tidak meletak calon dalam PRK Chini dan memberi laluan percuma kepada BN/UMNO, sekali gus boleh menyelamatkan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya dan dapat membantu kerajaan melawan Covid-19.

Dalam PRU14, DUN Chini telah ditandingi oleh BN (UMNO), Pas dan PH (PKR).

Namun, BN menang bergaya apabila 10,027 dari 21,251 (47.2%) pengundi mengundi BN manakala PAS memperolehi 5,405 undi (25.4%).

PH hanya mampu mendapat 1.065 undi (5.0%) dan hilang wang pertaruhan.

Jumlah pengundi keluar mengundi ialah 79% atau 16,798. BN menang dengan majoriti 4,622 undi.

PRK bagi DUN Chini, Pahang akan diadakan pada 4 Julai depan, manakala hari penamaan calon adalah pada 20 Jun.

Tarikh bagi pengundian awal pula adalah pada 30 Jun.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar pada 7 Mei lalu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. PH kene bertanding kerana rakyat sudah pasti tidak mahu kerajaan yg tidak setia kpd negara dan tanah air. Umpama seorang isteri yg kianat akan melahirkan pula anak yg haram.

  2. Bertandinglah wpun dijangka dikalahkan sebelum berjuang. Bila ada PRK, setidak tidaknya kerajaan akan beri bantuan n pmbgunan di Chini. Kalauvtak, Chini x dpt apa pun drp kerajaan.

  3. Bertandinglah seban nak tengok yang kalah akan hilang depofit. Harap majoriti kali ini akan lebih besar lagi
    .

Comments are closed.