Home Sukan Safawi tayang kereta Porsche

Safawi tayang kereta Porsche

Safawi bergambar bersama kereta Porsche dipercayai miliknya. foto: Instgram

KUALA LUMPUR – Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid bergambar dengan sebuah kereta Porsche baharu dipercayai miliknya.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menayangkan jentera mewah berwarna merah menerusi sekeping gambar yang dimuat naik dilaman Instagram miliknya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada peminat beliau.

Tindakan Safawi itu sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada pengikutnya.

Pemain berusia 23 tahun itu turut memberi peringatan agar dapat terus menjaga diri ketika pandemik Covid-19 masih lagi melanda negara ini.

“SHRMZB #kitajagakita #semogaistiqomah ,” kata Safawi.

Gambar berkenaan mendapat tanda suka sebanyak 91,604 kali sejak pukul 8 pagi tadi.

Turut mencuri tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail. – MalaysiaGazette