Home Nasional 174 rumah ibadat bukan Islam boleh dibuka pada 10 Jun ini

174 rumah ibadat bukan Islam boleh dibuka pada 10 Jun ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 174 rumah ibadat bukan Islam telah diluluskan untuk beroperasi pada 10 Jun ini mengikut
prosedur operasi standard (SOP) Rumah Ibadat Dalam Zon Hijau.

Bagaimanapun, majlis perkahwinan di kuil, gereja dan persatuan agama ditangguhkan sehingga 31 Julai ini, kata Kementerian Perpaduan Negara.

Keputusan itu diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurutnya, permohonan yang diluluskan adalah mengikut ketetapan yang digariskan dalam SOP seperti bilangan kehadiran maksimum 30 orang serta tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat.

Hanya rumah ibadat yang telah mendapat kelulusan mengikut hari dan masa beroperasi akan dibenarkan bermula pada 10 Jun ini, katanya.

Pembukaan rumah ibadat yang lain perlu dipohon melalui badan agama masing-masing dan seterusnya dikemukakan kepada Kementerian Perpaduan Negara mengikut prosedur yang ditetapkan selepas 10 Jun ini.

Kementerian menambah, permohonan-permohonan yang diterima akan dibawa oleh pihak Kementerian kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk kelulusan dari masa ke semasa.- MalaysiaGazette