KUALA LUMPUR – Usaha untuk membanteras pemandu mabuk yang menyebabkan ramai kehilangan nyawa di negara ini bukan perkara baharu bahkan banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan itu agar segera ditangani.
Ramai juga menjadi mangsa dek kerana lantang memperjuangkan nasib waris mangsa yang kehilangan ketua keluarga selepas dilanggar pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi sejak mutakhir ini.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, antara individu yang lantang mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya menghalang semua aktiviti pengeluaran, perniagaan dan penjualan arak di negeri itu.
“Isu arak dan pemandu mabuk ini bukan perkara baharu, malah saya sudah lama memperjuangkannya sebelum ini, yang mana saya memecahkan beberapa karton botol arak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), 5 Oktober 2017.
“Walaupun saya membantah penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) ketika itu dengan memecahkan botol arak, tapi saya pula diambil tindakan malah direman tujuh hari pula oleh pihak polis,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.
Beliau mengulas gesaan Pas semalam agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantung semua aktiviti berkaitan dengan pengeluaran, perniagaan dan penjualan minuman beralkohol di negara ini.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, penggantungan itu dicadangkan sehingga satu jawatankuasa khas Kabinet dibentuk bagi menangani kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk.
Pas juga mencadangkan Jabatan Kastam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka di semua rangkaian kedai serbaneka 24 jam.
Dalam pada itu, usaha Pas mendesak kerajaan pusat mengambil tindakan tegas termasuk meminda akta sedia ada dan mengenakan hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk sepatutnya disokong semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.
“Sokongan semua pihak perlu memandangkan masalah pemandu mabuk ini boleh meragut nyawa orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.
“Kebanyakan kes pemandu mabuk ini menyebabkan kematian orang Melayu dan Islam, tidak mustahil selepas ini bukan Islam juga boleh menjadi mangsa seterusnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Alcohol is the mother of all evils. It paralyzes the power of reason. An individual under the influence of alcohol can lose control of oneself. Not knowing what is happening at the moment when one is drunk can make an individual to commit many evil acts. Alcohol can cause one to drive recklessly and kill innocent lives, use abusive words, carry out an act of murder, rape and etc. For this reason, Islam prohibits the consumption of alcohol. When one is intoxicated with alcohol, one can even lose valuable and quality time of productivity and the nearness of family and friends. Moreover, alcohol can cause addiction that can lead to serious health problems and that can lead to an early death of an individual. In Islam, one has be sober and conscious at all times in realizing the presence of God and what is happening in reality. When the mind is taken over by alcohol, the evil Satan will take control of our minds and causes us to do all things that have been prohibited in Islam.