Home Politik PATI: Jangan sampai menumpang di negara sendiri – Najmil

PATI: Jangan sampai menumpang di negara sendiri – Najmil

Antara warga China yang ditahan semasa sidang media selepas menumpaskan sindiket forex scam terbesar oleh warga China di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 21 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melakukan operasi yang lebih kerap untuk membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin membimbangkan dengan jenayah yang dilakukan.

Kebanyakan mereka menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi jenayah termasuklah penipuan, perjudian dan pelacuran.

PATI dari China terkenal dengan melakukan judi atas talian dan penipuan seperti “Macau Scam” yang mensasarkan rakyat Malaysia, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Manakala PATI dari Afrika pula dengan ‘African Scam‘.

“Jadi sudah tiba masanya kerajaan menyemak semula pengecualian visa 15 hari yang diberikan kepada pelancong China kerana kemasukan rakyat asing ke Malaysia longgar dan menimbulkan masalah.

”Syarat kemasukan ke Malaysia tidak ketat, di samping penguatkuasaan undang-undang yang lemah menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi jenayah rentas sempadan.

”Jika perkara ini tidak dibanteras sekarang, Malaysia akan dikenali sebagai ‘lubuk scammer dan judi’,” katanya.

Beliau berkata, warga asing dari Afrika juga perlu dibanteras secara habis-habisan oleh pihak berkuasa.

Menurut beliau, soal keselamatan umum menjadi taruhan apabila warga asing semakin berkuasa di Malaysia dan rakyat tempatan seolah-olah “menumpang di tanah sendiri” apabila mereka menguasai pelbagai sektor ekonomi.

Kedatangan mereka bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah, malah merampas peluang ekonomi rakyat tempatan.

Sekarang adalah masanya untuk kerajaan memperketatkan kemasukan warga asing dan mengembalikan semula maruah negara. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Make sure they are sent back to their homeland and ban them from entering Malaysia in the near future. KDN and the Dept. of Immigration have to make sure that this illegal Chinese from mainland China do not hold the Malaysian PR or IC. I am afraid that they have been brought in by PH to vote in the next election (PRU-15). Please clear all records in the existing registered voters list so that people who are not the rightful citizens of this country is not allowed to vote. Only Malaysians have the right to choose the government they like. Selling IC PR and passports to foreigners is considered a treason and betrayal to the King, Constitutions of the country and to the Rakyat.

  2. pati jadi berani,besar kepala dan tidak takut melakukan jenayah mgkn berpunca daripada majikannya,kelemahan pihak berkuasa dan undang2 negara,
    rakyat patuh kepada undang2 negara kerana ketegasan pihak berkuasa,
    tapi knp pati xpatuh kepada undang2 negara??
    ada yg berani melakukan jenayah pulak tu,
    jika pihak berkuasa bertegas 2 kali ganda kepada pati,xmungkin pati berani buat hal,
    sbb tu bilangan warga asing di dalam negara perlu dikurangkan,
    warga asing hanya menyusahkan rakyat dan negara,

Comments are closed.