Ramai yang merungut hasil ujian saringan Covid-19 hanya boleh diketahui sekurang-kurangnya selepas 48 jam serta mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengadakan ujian saringan kepada semua orang.
Namun tidak ramai yang tahu betapa para petugas di bahagian makmal mikrobiologi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersengkang mata kerana terpaksa bertugas 24 jam untuk mendapatkan hasil ujian.