Pakatan Harapan (PH) perlu meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang pada 4 Julai ini meskipun menyedari mereka mempunyai peluang tipis untuk merampas kerusi Barisan Nasional (BN).
Menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, walaupun PH mempunyai rekod kekalahan teruk dalam lima PRK lepas, namun ia boleh dijadikan medan menyampaikan mesej bahawa pentadbiran Putrajaya perlu bersih.
“DUN Chini memang kerusi di mana kita alami kekalahan agak dahsyat dalam PRU lepas, sama ada kita tanding atau tidak belum diputuskan dan pihak mana bertanding juga belum dimuktamadkan.