Home Utama Tun M, Mukhriz dipecat daripada Bersatu

Tun M, Mukhriz dipecat daripada Bersatu

Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz antara lima ahli Parlimen yang dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah turut dipecat.

Kesemua mereka dipecat kerana menentang penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Berdasarkan surat pemecatan yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya itu bertarikh hari ini yang tular di media sosial.

“Maka dengan ini, dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan PPBM, keahlian anda dalam Bersatu adalah terhenti serta-merta,” menurut surat berkenaan.

Sebelum ini, Mahathir merupakan Pengerusi Bersatu manakala Mukhriz merupakan Timbalan Presiden Bersatu manakala Syed Saddiq ialah Ketua ARMADA.- MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Alhamdullillah setinggi tinggi kesyukuran kami pNjatkan kepada Alkah SWT di atas berita pemecatan ini yang sepatutnya dibuat lama dulu.
    Aminn. Semoga PN terus kekal dalam peliharaan Allah wajallah.

    Berita ini sesuatu khabar gembira bagi orang Melayi dan unat Islam di tanahair tercinta ini.

  2. dah agak dah. barulah selamat bersatu apabila duri dibuang dari dagingnya. sekarang bersatu boleh enjoy puas2 tak ada lagi gangguan.

  3. Tahniah. Langkah terbaik oleh Kepimpinan Tinggi PPBM (PN)..Ketiadaan oraang2 ini barulah aman sedikit Negara Ketuanan Melayu ini. Alhamdulillah…. Pastikan PN Kekal Buat Selamalamanya.Insyak Allah.

  4. mereka2 ini x sehaluan lagi dgn parti …ibarat pemandu mabok todi memandu kereta melawan arus….merbahayakan menyusahkan orang2 lain….sebelum apa2 terjadi kita mesti ambil tindakan

  5. Terbaik,
    suh jahanam2 nie semua masuk dap,
    nak sgt naikkan dap kan??
    nak sgt jadi anjing2 dap kan??
    masuk terus dap,baru boleh tolong dap utk dapatkan sokongan,
    yg tua puaka tu xlama lagi mesti dapat jadi pengerusi parti dap pulak,
    hahhahhah

Comments are closed.