KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz sendiri meminta kedudukan kerusi mereka di Dewan Rakyat ditempatkan di blok yang tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.
Dalam satu surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan yang bertanggungjawab soal urusan Parlimen bertarikh 15 Mei lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu mahu kedudukan kerusinya di barisan pembangkang.
Selain itu, surat yang sama turut dihantar oleh Datuk Seri Mukhriz pada tarikh 13 April lalu yang mahu kedudukan kerusi Ahli Parlimen Jerlun di blok tidak menyokong PN.
Ia jelas berbeza dengan kedudukan kerusi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan majoriti ahli parlimen parti itu yang berada di kedudukan penyokong PN.
BACA: Tun M, Mukhriz dipecat daripada Bersatu
Permintaan itu jelas melanggar perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (gambar bawah) yang menegaskan seseorang ahli dipecat serta merta sekiranya menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini.
Semalam, Mahathir dan Mukhriz, tiga lagi ahli parlimen Bersatu iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah turut dipecat parti mereka atas kesalahan yang sama.
Bagaimanapun kelima-limanya mempertikaikan tindakan parti memecat mereka dan menganggapnya tidak dilakukan mengikut perlembagaan dan satu tindakan diktator oleh Muhyiddin.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Diktator apa ke benda. Nak sangat tanggunglah sendiri.
Perlembagaan parti bukan kitab suci.