Home Politik Bekas SUA pecat SUK Bersatu?

Bekas SUA pecat SUK Bersatu?

Muhammad Suhaimi Yahya

KUALA LUMPUR – Selepas lima ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dipecat parti tular pula surat pemecatan Setiausaha Kerja (SUK) Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Surat itu ditulis oleh Datuk Marzuki Yahya yang masih mendakwa masih menjadi Setiausaha Agung (SUA) Bersatu bertarikh semalam.

Dalam surat yang sama, Muhammad Suhaimi Yahya dipecat berkuatkuasa serta merta kerana melanggar etika kerja dan perlembagaan Bersatu Pindaan 2019 kerana membuat keputusan pemecatan ahli parti tanpa merujuk kepadanya.

Ia dikeluarkan ekoran tindakan Muhammad Suhaimi yang mengeluarkan surat pemecatan kepada Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah hari ini.

BACA: Tun M, Mukhriz dipecat daripada Bersatu

Surat Marzuki itu menimbulkan tanda tanya memandangkan pada 18 Mac lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah memecat beliau (gambar bawah) sebagai Setiausaha Agung parti berkenaan.

Malah Muhyiddin juga telah melantik Datuk Hamzah Zainuddin bagi menggantikan Marzuki.

BACA: Hamzah Zainuddin kini Setiausaha Agung Bersatu

Manakala Jabatan Pendaftar Pertubuhan pula mengesahkan Mahathir juga bukan lagi Pengerusi Bersatu dan jawatan itu kini disandang Muhyiddin.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Main pecat-pecat ini tindakan paling terdesak – Marzuki

4 Komen

  1. Tindakan yg btl dr PM pecat anggota parti yg derhaka….sarang tebuan jgn dijolok….bila jolok ni la padahnye….selamat tinggal syed sadiq

  2. Oi marzuki, awak dah kena pecat lepas tu awak nak pecat orang lain pulak! Tak pakai law lah awak ni. Pergi lah rayu atau complain dekat ROS kalau ia pun. Ini bukan geng budak sskplah.

Comments are closed.