Home Politik Pejabat menteri nafi panggil sidang media khas

Pejabat menteri nafi panggil sidang media khas

Bersatu
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menafikan pihaknya telah mengatur satu sidang media khas di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti yang tular hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, kenyataan itu memberitahu, buat masa ini Mohd Redzuan masih menjalani tempoh kuarantin.

Tengahari tadi tular satu jemputan bagi menghadiri satu sidang media khas oleh Mohd Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh pada pukul 5 petang.

Artikel berkaitan: Redzuan Yusoff bakal umum letak jawatan menteri?

Bagaimanapun sidang media tersebut tidak berlangsung sebaliknya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di ibu pejabat Bersatu telah mengadakan sidang media menegaskan bahawa beliau masih pengerusi Bersatu.

Artikel berkaitan: Rina nafi letak jawatan Ketua Srikandi Bersatu

Sementara itu, seorang lagi menteri yang disebut-sebut akan meletakkan jawatan iaitu Rina Harun yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat menafikan khabar angin tu. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.