Orang ramai boleh menggunakan fungsi “Hotspot Tracker” untuk membantu mereka bagi mengenalpasti kawasan-kawasan berisiko Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, fungsi tersebut dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera dan ia mampu mengesan kes bagi wabak itu dalam tempoh 28 hari.
Beliau berkata, fungi berkenaan juga dapat membantu rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan aktiviti harian, termasuklah dalam merancang perjalanan harian.