TERKINI : Peniaga Tayar “Rempuh Penjaja”, Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah

Seorang peniaga tayar dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pagi ini atas dua kesalahan memandu kenderaan merempuh penjaja dan membawa kecederaan kepada awam di Pasar Malam pekan Bukit Sentosa dalam kejadian 22 Mei lalu.

Tertuduh Kang Ming Han, 32, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut fakta kes pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkelakuan tidak senonoh apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis bernama Shahidan Abdul Khalil di Balai Polis Bukit Sentosa Hulu Selangor mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan boleh dihukum dibawah peruntukan Seksyen yang sama.