Hanya 1,189 kes positif Covid-19 direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sejak 4 Mei lalu hingga semalam.
Daripada jumlah itu, 270 kes atau 22.7 peratus membabitkan warga tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, selain itu 919 kes atau 77.3 peratus membabitkan warga asing, termasuk 383 di tiga Depoh Tahanan Imigresen (DTI).